Pengalaman Interview SPA : Pembantu Hidupan Liar G19
Assalamualaikum wbt.
Today, saya nak share pengalaman interview SPA iaitu pembantu Hidupan Liar G19. Sebelum ni saya pernah search dekat internet mengenai cara soalan yang bakal ditanya oleh Panel tetapi tiada seorang pun yang dapat share. So, harini saya akan share sedikit sebanyak pengalaman saya interview SPA : Pembantu Hidupan Liar G19.
Semasa saya hadir temuduga Pembantu Hidupan Liar G19, banyak ilmu yang saya dapat daripada staf SPA yang sangat baik hati yang sedang jaga masa tu, dia selalu pesan dekat kami yang hadir masa interview.
First sekali, dia pesan sekiranya result SPM kita hanya cukup-cukup makan, pastikan resume yang kita buat tu adalah bahasa melayu. Ini kerana Panel akan melihat dari resume yang kita bagi dekat dia. So, bila kita buat dalam bahasa English, panel kita akan suruh kita speak in English semasa temuduga. So, sesiapa yang pandai speak, buleh la buat resume dalam bahasa English.
Keduanya ialah, sememangnya SPA inginkan maklumat didalam RESUME seperti diatas, kita juga seharusnya tidak ketinggalan untuk meletakkan GAMBAR PASSPORT, ALAMAT, UMUR, NO. TELEFON, EMEL, WARGANEGARA, PENGALAMAN KERJA. Pastikan GAMBAR PASSPORT anda menampakkan anda seorang yang bekerjaya. Sebagai contoh, gambar bagi lelaki haruslah memakai baju kemeja dan bertali leher, dan perempuan haruslah memakai pakaian yang tidak menjolok mata. Ini kerana resume yang kita buat menampakkan kecerminan diri kita sendiri.
Ketiga pula, pastikan sijil dimasukkan ke dalam fail dan disusun dengan betul. Pengalaman saya hadir ke temuduga pada kali ini, ada seorang lelaki hadir hanya memegang sijil yang dibawa dan tidak mempunyai fail. Maybe, dia first time hadir ke temuduga. Nasib baik tempat temuduga berdekatan dengan Mydin...
OK.. So, sekarang saya nak share soalan-soalan yang ditanya semasa interview bagi Pembantu Hidupan Liar G19.
1) First sekali, biasa lah, Panel akan suruh kita perkenalkan diri. So, masa ni kita buleh perkenalkan diri, nama, umur, tempat tinggal and so on...
2) Tugas-tugas Pembantu Hidupan Liar G19.
3) Nama Ketua Pengarah
4) Akta-akta Perlindungan Hidupan Liar
5) Adakah anda sanggup bekerja sekiranya penempatan anda di pedalaman ?
5) Pernah tak mempunyai pengalaman tinggal di hutan semasa disekolah ataupun dimana-mana ?
6) Adakah anda sanggup tinggal di hutan selama 2 minggu ? Ini kerana bekerja sebagai pembantu Hidupan Liar, anda dikehendaki bekerja di dalam hutan.
7) Sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, adakah anda masih lagi akan berkhidmat dan meninggalkan anak-anak untuk pergi ke hutan selama 2 minggu untuk bekerja?
8) Last sekali dia akan suruh kita tanya dia apa yang anda ingin tanya.
Soalan-soalan ini yang Panel tanyakan pada saya. Sila pastikan juga study mengenai VISI dan MISI, OBJEKTIF, CARTA ORGANISASI semua kerana soalan ini juga dia akan tanya.
So, kepada yang menghadapi interview, Saya ucapkan GOOD LUCK 😃